HEAP HOE CREDIT Loan Scam Malaysia Guide Call 04-2404533

Panduan pelanggan Malaysia

Cara Elak Loan Scam di Malaysia

Bank tak lulus? Jangan terus percaya loan online. Banyak pinjaman online scam bermula dengan iklan cantik, WhatsApp cepat, fake approval, kemudian minta bayar deposit dulu.

Amaran Rasmi Seluruh Malaysia

Penyalahgunaan Nama Syarikat, Penipuan dan Pemberi Pinjam Wang Tanpa Lesen

Heap Hoe Credit Company telah menerima laporan bahawa pihak ketiga menyalahgunakan nama syarikat kami di beberapa kawasan di Malaysia. Pihak tersebut mungkin penipu atau Pemberi Pinjam Wang Tanpa Lesen (Ah Long) dan tidak mempunyai hubungan dengan syarikat kami.

  • Kami tidak melantik ejen atau wakil luar untuk menawarkan pinjaman di seluruh Malaysia.
  • Kami tidak mempunyai cawangan di negeri lain. Urusan pemberian pinjaman rasmi dijalankan melalui pejabat yang diluluskan di Seberang Jaya, Pulau Pinang.
  • Sahkan setiap individu melalui 04-2404533 atau heaphoecredit.com sebelum memindahkan wang, menyerahkan dokumen atau mengikuti arahan bayaran.

Jika nama syarikat kami digunakan tanpa kebenaran, simpan nombor telefon, mesej, iklan dan butiran bayaran sebagai bukti serta laporkan kepada PDRM.

Kenapa ramai orang terperangkap

Biasanya pelanggan perlukan pinjaman tunai dengan cepat. Bila nampak iklan pinjaman wang berlesen atau pinjaman berlesen KPKT di Facebook, Google atau WhatsApp, mereka terus hantar maklumat tanpa semak nombor rasmi.

Jangan risau, tapi kena semak dulu. Syarikat pinjaman berlesen yang sebenar patut ada pejabat rasmi, nombor rasmi, signboard, Google Business dan agreement yang boleh diterangkan dengan jelas.

Tanda awal yang bahaya

  • Diminta bayar upfront fee, processing fee, deposit, tax atau insurance fee.
  • Cek ditunjuk dalam akaun tetapi belum clear atau tidak boleh dikeluarkan.
  • Loan app scam minta akses contact, gambar atau SMS.
  • Nombor WhatsApp tidak sama dengan nombor rasmi syarikat.
  • Pihak tersebut guna nama bank, syarikat berlesen atau orang sebenar.

Real cases reported in Malaysia

Kes sebenar yang patut pelanggan tahu

Cari personal loan di internet, akhirnya kena tipu

Seorang wanita Tangkak dilaporkan kerugian sekitar RM20,800 selepas mencari personal loan secara online dan berurusan melalui WhatsApp dengan pihak yang mendakwa boleh membantu pinjaman.

Pelajaran:

Jangan percaya nombor yang muncul dari carian sahaja. Semak pejabat, nombor rasmi, Google Business dan agreement.

The Star NST

Facebook loan ad dan fake approval

Seorang lelaki di JB dilaporkan kerugian RM56,500 selepas tertarik dengan iklan pinjaman di Facebook dan diminta membuat beberapa bayaran seperti insurance dan credit-score fee.

Pelajaran:

Fake approval selalu diikuti permintaan bayaran. Jangan bayar ke akaun yang tidak dapat disahkan.

The Star

Cek masuk tapi belum clear

Kes online loan scam melibatkan seorang salesman menunjukkan cek yang kelihatan masuk, tetapi duit tidak boleh dikeluarkan. Mangsa kemudian ditekan dengan bayaran tambahan dan gangguan.

Pelajaran:

Cek masuk belum tentu sudah clear. Jangan bayar apa-apa kerana paparan cek sahaja.

The Star

Processing fee dan initial fee

Bukit Aman pernah memberi amaran bahawa sindiket loan scam menipu mangsa dengan meminta processing fees atau bayaran awal sebelum urusan sebenar.

Pelajaran:

Bayaran awal kepada pihak tidak sah adalah tanda merah yang kuat.

The Star

Guna nama bank atau syarikat untuk nampak meyakinkan

Seorang company director dilaporkan kerugian lebih RM167,000 selepas terpedaya dengan online loan scam yang menggunakan nama bank dalam iklan.

Pelajaran:

Nama bank atau syarikat dalam iklan belum tentu sah. Semak nombor rasmi dan jangan ikut arahan akaun yang tidak jelas.

The Star

Polis: bayaran awal dahulu ialah tanda scam

Polis pernah menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati jika pinjaman mensyaratkan bayaran awal sebelum proses sebenar disahkan.

Pelajaran:

Jangan jadikan bayaran awal sebagai perkara biasa dalam urusan pinjaman.

The Star

Loan app / APK minta contact, gambar atau SMS

Jangan pasang APK daripada link WhatsApp atau iklan yang tidak boleh disahkan. Jika loan app meminta akses contact, gambar, SMS atau data peribadi yang tidak perlu, hentikan dulu dan semak pihak tersebut.

The Star pernah melaporkan amaran tentang risiko data pengguna apabila berurusan dengan ah long dan aplikasi telefon yang mencurigakan.

Baca sumber: The Star

Guna nama syarikat berlesen tapi nombor bukan rasmi

Scammer boleh guna nama bank, syarikat pinjaman wang berlesen, gambar orang sebenar atau fake agreement. Ada juga kes identiti orang sebenar disalah guna untuk meyakinkan mangsa.

Baca sumber: The Star

Ah long dan gangguan selepas enquiry

Kadang-kadang pelanggan cuma bertanya, tetapi maklumat peribadi sudah dihantar kepada pihak salah. Kes gangguan selepas enquiry menunjukkan kenapa pelanggan perlu berhati-hati sebelum berkongsi IC, gambar, nombor keluarga atau alamat penuh.

Baca sumber: The Star

Cara semak sebelum buat pinjaman

1

Semak nombor rasmi di laman web rasmi, Google Business dan media sosial rasmi.

2

Semak pejabat, signboard, alamat dan sama ada anda boleh datang berjumpa.

3

Jangan buat bayaran awal kepada mana-mana akaun sebelum mengesahkan urusan melalui nombor rasmi.

4

Baca agreement dan faham jumlah bayaran sebelum membuat keputusan.

Kalau sudah kena scam, buat apa?

  • Hubungi bank dengan cepat untuk lapor transaksi mencurigakan.
  • Simpan bukti chat, nombor telefon, resit transaksi dan iklan.
  • Buat laporan polis.
  • Hubungi NSRC 997 atau pihak berkuasa berkaitan untuk nasihat lanjut.
  • Semak nombor akaun mencurigakan melalui Semak Mule jika perlu.

Nota ringkas Heap Hoe Credit

Heap Hoe Credit Company ialah syarikat pinjaman wang berlesen KPKT dengan pejabat rasmi di Seberang Jaya, Penang. Nombor rasmi kami ialah 04-2404533 dan laman web rasmi ialah heaphoecredit.com.

Tiada upfront payment atau bayaran pendahuluan diperlukan untuk semakan awal. Jangan buat bayaran awal kepada mana-mana akaun, sama ada akaun peribadi atau akaun syarikat, sebelum mengesahkan urusan melalui nombor rasmi 04-2404533.

FAQ

Soalan biasa tentang loan scam Malaysia

Macam mana tahu pinjaman itu scam?

Berhati-hati jika nombor tidak rasmi, syarikat tidak boleh disemak, tiada pejabat yang jelas, atau anda diminta bayar deposit, processing fee, insurance fee atau caj lain sebelum urusan disahkan.

Perlu bayar deposit dulu atau tidak?

Tiada upfront payment atau bayaran pendahuluan diperlukan untuk semakan awal. Jangan buat bayaran awal kepada mana-mana akaun, sama ada akaun peribadi atau akaun syarikat, sebelum mengesahkan urusan melalui nombor rasmi 04-2404533.

Cek masuk akaun maksudnya duit sudah clear?

Tidak semestinya. Cek yang dipaparkan dalam akaun belum tentu sudah clear atau boleh dikeluarkan. Semak dengan bank sebelum membuat sebarang bayaran kepada pihak lain.

Loan app selamat atau tidak?

Berhati-hati dengan loan app atau APK yang meminta akses contact, gambar, SMS atau data peribadi. Jangan beri akses jika pihak tersebut tidak dapat disahkan.

Kenapa kena semak pejabat dan signboard?

Pejabat rasmi, signboard, nombor telefon rasmi, laman web, Google Business dan agreement yang jelas membantu pelanggan membezakan syarikat sebenar daripada pihak yang menyamar.

Kalau sudah kena scam, buat apa?

Hubungi bank dengan cepat, simpan bukti transaksi dan chat, buat laporan polis, dan hubungi NSRC 997 atau pihak berkuasa berkaitan untuk nasihat lanjut.